Pages

Tuesday, June 4, 2013

Tips ke Umrah. :)

Assalamualaikum. :)

Dah lama sangat lahaii aku tak menghupdate blog nie. Aku suka menyibukkan diri walhal aku tau diri aku tak sibuk. hahahahaha. nak tenangkan fikiran sat. aku agak kecundang sikit akhir2 nie. *ayat nak mintak kaki je kan*. entah aku nie jenis suka fikir kan benda yang x sepatutnye sampai bole jejas kehidupan seharian aku dan juga my health. sakai tak sakai aku nie haaa. aku kena didik diri aku nie supaya jangan terlalu fikir benda yang tak sepatutnye. life must go on rite? no matter what u need to move on. ape-ape pon yang paling penting sekali kongsi masalah dengan Allah. :') In shaa Allah korang akan dapat ketenangan. okay! dah cukup merepel. -.-' . aku tau ape yang aku cakap nie tak kena dengan title kan.

okay. aku nak cerita yang baru-baru nie aku dan kedua ibu bapa aku baru selesai mengerjakan ibadah umrah. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar. kan sini aku nak bagi tips-tips yang in shaa Allah berguna kepada bakal-bakal yang hendak mengerjakan umrah.

mula-mula korang kena lah sediakan barang untuk pergi sne ye dok? korang cari je mana-mana kedai yang ada jual peralatan haji dan umrah.barang yang wajib ada untuk kesana ofcoz lah telekung kan. aku syorkan korang bawak dalam 3 telekung. kain telekung tak payah bawak okay sebab kat sana korang pakai jubah dan stokin all the time so xyah bawak kain. jubah plak cukup la dalam 2 @ 3 helai mcm tu. sebab aku boleh confirm yg korang akan beli jubah dekat sana. stokin is a must! bawak la dalam 3 helai atau lebih kalo korang jenis yang 'rajin' membasuh. hehehehehe. :p tasbih jari kalau nak kongsi pon xpe. sebab aku kira guna manual je. yang tu je aku ingat. actually korang bole tanya orang tu peralatan nak pergi umrah perlu bawak ape je. tu lagi senang.

tips ringkas yang x dok dekat mana-mana nie aku kongsikan atas pengalaman aku ketika dekat sana.
1. perlu ade panadol, strepsils, lotion, varsaline. beli siap-siap dari sini. benda nie sume korang akan guna.
2. kalau nak shopping jubah better korang beli dekat madinah sebab murah sikit daripada dekat mekah and for your information, kalau beli dekat madinah die punya barakah lebih banyak dari beli dekat mekah.
3.kalau nak beli kurma pula better beli kat jabal uhud di madinah. memang dekat madinah tour korang akan bawak pergi ladang kurma tapi dekat jabal uhud lebih murah dan banyak pilihan.
4. bagi perempuan yang nak masuk ke raudhah, aku sarankan korang pergi waktu lepas subuh atau pon lepas sembahyang isyak sebab time tu lengang sikit. waktu lepas subuh korang better ikut orang arab yang arrange untuk kite masuk ke sana, dorang akan bawak signboard yang tulis 'bahasa melayu' so korang follow je arahan dorang. the important thing is be more patient! sabar memang perlu. lepas isyak punya ialah open so tak sesak sangat and tak berebut.
5. tak kisah lah korang ada dekat madinah or mekah, kalau korang nampak ORANG MINTA SEDEKAH please dont give them anything. tak kisah la satu riyal ke, bpe riyal ke yang korang nak bagi better bagi orang yang bekerja di dalam masjid cth nye mcm orang sapu sampah ke, orang yang susun Al-Quran ke. nak tau sebab ape? sebab dorang ialah PENCURI! so uollss need to be extra careful okay?
6. wajib beli ice cream yang ada dekat mekah! it is super damn delicious! hahahahah. makan je kerja aku dekat sana. but seriously memang sedap dan murah. only 3 riyal. aku akan mintak orang tu ice cream mango sebab itu yang sedap. rasa mango yang sebenar. tanpa bahan pengawet. hahaha.

okay, itu sahaja yang aku na kongsikan. tak tau la ade yang baca ke idok my blog nie haaa. and mana yang baca tu hopefully i give u a really good tips. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment