Pages

Tuesday, June 4, 2013

Tips ke Umrah. :)

Assalamualaikum. :)

Dah lama sangat lahaii aku tak menghupdate blog nie. Aku suka menyibukkan diri walhal aku tau diri aku tak sibuk. hahahahaha. nak tenangkan fikiran sat. aku agak kecundang sikit akhir2 nie. *ayat nak mintak kaki je kan*. entah aku nie jenis suka fikir kan benda yang x sepatutnye sampai bole jejas kehidupan seharian aku dan juga my health. sakai tak sakai aku nie haaa. aku kena didik diri aku nie supaya jangan terlalu fikir benda yang tak sepatutnye. life must go on rite? no matter what u need to move on. ape-ape pon yang paling penting sekali kongsi masalah dengan Allah. :') In shaa Allah korang akan dapat ketenangan. okay! dah cukup merepel. -.-' . aku tau ape yang aku cakap nie tak kena dengan title kan.

okay. aku nak cerita yang baru-baru nie aku dan kedua ibu bapa aku baru selesai mengerjakan ibadah umrah. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar. kan sini aku nak bagi tips-tips yang in shaa Allah berguna kepada bakal-bakal yang hendak mengerjakan umrah.

mula-mula korang kena lah sediakan barang untuk pergi sne ye dok? korang cari je mana-mana kedai yang ada jual peralatan haji dan umrah.barang yang wajib ada untuk kesana ofcoz lah telekung kan. aku syorkan korang bawak dalam 3 telekung. kain telekung tak payah bawak okay sebab kat sana korang pakai jubah dan stokin all the time so xyah bawak kain. jubah plak cukup la dalam 2 @ 3 helai mcm tu. sebab aku boleh confirm yg korang akan beli jubah dekat sana. stokin is a must! bawak la dalam 3 helai atau lebih kalo korang jenis yang 'rajin' membasuh. hehehehehe. :p tasbih jari kalau nak kongsi pon xpe. sebab aku kira guna manual je. yang tu je aku ingat. actually korang bole tanya orang tu peralatan nak pergi umrah perlu bawak ape je. tu lagi senang.

tips ringkas yang x dok dekat mana-mana nie aku kongsikan atas pengalaman aku ketika dekat sana.
1. perlu ade panadol, strepsils, lotion, varsaline. beli siap-siap dari sini. benda nie sume korang akan guna.
2. kalau nak shopping jubah better korang beli dekat madinah sebab murah sikit daripada dekat mekah and for your information, kalau beli dekat madinah die punya barakah lebih banyak dari beli dekat mekah.
3.kalau nak beli kurma pula better beli kat jabal uhud di madinah. memang dekat madinah tour korang akan bawak pergi ladang kurma tapi dekat jabal uhud lebih murah dan banyak pilihan.
4. bagi perempuan yang nak masuk ke raudhah, aku sarankan korang pergi waktu lepas subuh atau pon lepas sembahyang isyak sebab time tu lengang sikit. waktu lepas subuh korang better ikut orang arab yang arrange untuk kite masuk ke sana, dorang akan bawak signboard yang tulis 'bahasa melayu' so korang follow je arahan dorang. the important thing is be more patient! sabar memang perlu. lepas isyak punya ialah open so tak sesak sangat and tak berebut.
5. tak kisah lah korang ada dekat madinah or mekah, kalau korang nampak ORANG MINTA SEDEKAH please dont give them anything. tak kisah la satu riyal ke, bpe riyal ke yang korang nak bagi better bagi orang yang bekerja di dalam masjid cth nye mcm orang sapu sampah ke, orang yang susun Al-Quran ke. nak tau sebab ape? sebab dorang ialah PENCURI! so uollss need to be extra careful okay?
6. wajib beli ice cream yang ada dekat mekah! it is super damn delicious! hahahahah. makan je kerja aku dekat sana. but seriously memang sedap dan murah. only 3 riyal. aku akan mintak orang tu ice cream mango sebab itu yang sedap. rasa mango yang sebenar. tanpa bahan pengawet. hahaha.

okay, itu sahaja yang aku na kongsikan. tak tau la ade yang baca ke idok my blog nie haaa. and mana yang baca tu hopefully i give u a really good tips. Assalamualaikum.


Friday, December 14, 2012

Cabuk!

 Assalamualaikum. :) 
Ye, aku lah si pemalas na update blog ku yang makin lama makin cabuk nie. Adoi, sian la ko blog dapat tuan mcm aku nie. Ari tu aku terlebih rajin bukak la blog nie balik. Windu kotttt. Sekali bukak aku rasa mcm bohsan je aku punya background blog nie, dah macam kanak-kanak ribena aku nengok nye. Sekali aku dok gode-gode dekat setting dia sekali kau hamikkk! OH MYYYY! Rupa blog aku terus jadi macam nie. Tu la orang kata pandai memandai. Kunun nak tunjuk terer. -.-'' 

Thursday, October 11, 2012

Hati

sekarang semuanya dah jelas. aku lihat dgn mata and rasa dgn hati. tapi bila masa aku nak luahkan semua yang aku pendam selama ni lidah aku jadi kelu. hati sakit tak ada sapa yang tahu. bila aku diminta untuk diberitahu, aku jadi kelu. walaupon hati ni meronta-ronta ingin melepaskan semua yg terbuku di hati tapi ternyata aku tak bole melakukan nya. bukan sebab aku nak rahsiakan hal ni, tapi bila aku fikirkan balik lebih baik diam dari meluah. bagi aku kalau aku meluahkan semuanya benda tu semua tetap tidak akan berubah. 

aku pon ikut kata hatiku sendiri. ada baiknya juga bila ikutkan kata hati sendiri. aku tahu benda ni semua bukan mudah tapi aku kena terima hakikat yang lepas haruslah dilepaskan. sedikit demi sedikit aku akan cuba lepaskan. tetapi makin aku cuba lepaskan makin aku sukar untuk terima semua ni. aku hanya mampu bertanya kepada yang maha mengetahui. 
aku mengadu dengan suara paling lemah pada Dia. aku tunjuk pada semua aku kuat. aku cuba sedaya mungkin. 

pabila orang gembira aku turut gembira. begitu juga ketika orang bersedih aku turut merasainya. ada orang cakap kalau sedih tak perlu ingatkan benda yang akan membuatkan kite lagi sedih. tetapi tidak aku, aku lebih suka buat diriku sedih dan suka menghukum diri sendiri tanpa sebab. 

aku tahu tak ramai yang faham dan tiada yang cuba untuk mengerti. tapi aku tak pernah abaikan orang yang selalu berada dengan aku ketika aku susah dan senang. aku hargainya dan aku memang perlukan semua tu. aku tahu aku bukan siapa-siapa di mata orang. aku cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik buat orang sekeliling aku. biarlah tak nampak usaha dimata asalkan aku masih mencuba sedaya upaya. 

senyum selagi mampu.